Monday, October 5, 2009
god,i want to try....
bz dgn kehidupan yg lgsg xteratur!.. ( pe nak jadi la hanisa)
buat keje smua last minit..ni la padahnya..
tgl sebulan lebih je lagi utk tamatkan semester ni.. mudah2han smuanye berjalan lancar n beri pulangan yg baik..insyaAllah.. =)
satu dari kekuatan aku dah hilang ='( ... bnda ni betul2 buka mata aku yg selama ni aku hanya tipu diri sendiri anggap bnda tu akan sntiasa ada utk aku..
salah aku juga... takdir yg ALLAH jadikan aku xpenah nak terima....
xpe, aku kene bersangka baik dengan Allah.. mungkin allah hilangkan sesuatu untuk die beri yg lebih baik satu hari nanti.. insyaAllah..
for my fren yg ada time aku perlukan korang, thx a lot!! appreciate sgt2.. ;-)
i like this poem a lot!
im afraid...
im afraid of the future and all it may bring,
yet i cry over the past and tell it held,
life is a voyage,
trapped in the uncertainty of today,
with only the healing of our tears for comfort,
to admit need is to give into weakness,
yet not to approach love is to run from a challenge,
such is life, for we can neither be winners nor losers,
we are stuck in a void,
due to allowing ourselves to be controlled,
by actions of others,
and often as not those actions,
and our desires,
we are not predestined to be the same,
and we are left alone and lonely...
Tuesday, August 4, 2009
happy bday fren!
juz celebrate one of my best fwen bday...
RASUL,
smga Allah panjangkan umurmu, murahkan rezekimu, dan sentiasa berada dalam keadaan sihat, bahagia n dirahmati Allah....amin..
thx for everything!..
ur frenship means a lot to me... =)
Sunday, August 2, 2009
alhamdulillah... :-)
mmg kali ni lame gile2 x update blog....
byk sgt nak cakap...
but...
xde mood lagi....
thx Allah for everything...
kau tunjukkan apa yg aku xpernah nampak selama ni...
things happen for a reason rite?
kenduri arwah nenek baru je berlalu...semalam..
i miss her so much...thats all..
Tuesday, May 26, 2009
malas...
da lame gle xupdate blog nih...huhu..
malas..
malas...
malas...
malas.....
ngehehe...
cepatnye masa berlalu...tgl sbln je lg cuti...
kene enjoy puas2 nih...
haih..cuti asyik makan je..mane x naik berat badan..kene ikut semangat krun diet time cuti..
haha...tp last2 melantak gak...tu la masalahnya bile rumah terlalu banyak sumber2 makanan..
xmakan nt rase membazir...haih...stop...kene kuatkan iman jugak...
oh ya, this sunday one of my friend kawin...giler la...muda2 lagi da sampai jodoh kan...
alhamdulillah...mgkin da rezeki die kn...smga berkekalan hingga ke anak cucu...=)..
aku??? bilakah itu?? haha...jgn mimpi la...(dush2)-->sapela nak anak dara pemalas kan..uhuks...
rase nak upload gmbar2 baru...tp malas...hehe...so maybe later...peace...
-->to faridz-selamat pengantin baru to ur sis...n to u mas, selamat pengantin baru...
ish,aku da dapat title yg sesuai kot wat masa ni utk blog aku....sesuai ke?cam pelik je..hehe..
bye
Tuesday, May 5, 2009
finally...
Monday, May 4, 2009
1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.
5 fakta menarik ttg pemberi award... :)
> nama die Mohd Amir b. Abd Rahman..(pergh...bley tau nama full tu..cayalah..=P)
> seorg yg hencem..hehe..
> kuat stdy
> bercita2 tinggi, go for it dear! btw congrats dapat asasi UM plak..x) proud of u!
> ank kepada adik ayah aku..(hehe)
10 facts/hobi diri sendri :)
> suka membaca..
> suke dgr lagu
> tdo =)..tdo itu sgt best..
> suka shopping,tapi ngan my parents je k..duwet xde..haha
> suka tgk wayang..=)
> suka jalan2 ngan my kelisa..
> suke berangan...haha
> suke kumpul kasut, selipar n macam2 lg...
> suke makan, suke tgk org makan, suke ble org tgk kite makan..haha...
> Seorang yang sangat2 mementingkan kejujuran dalam persahabatan...;)
10 penerima award and describe...
xsmpt nak fikir nak tag sape2...got paper tomorrow...maybe later ;P
chow..
yay!!...sok last paper...
pastu balik KL...horay2...hehe
sok malam da bertolak balik KL...pergh...lega...satu sem da berlalu..hope this sem punye result ok la kan..ngee~...hehe...motif gambar?saje..semangat sgt nak balek...x) ....maaf pic xclear sbb kamera hp biasa2 je..=P..
tp hapy2 ni takut gak...yerla sok paper business law...adoyai..hope soalan senang2 la..ngeh2..
mudah2an everything ok 2morrow..
nak bye2 UUM betul2 pon xleh gak...
next week datang balik for English com..haha...xdapat sem lepas kene amik sorang2 sem nih..padan mke..sem lepas da cuti puas2, sem ni kene la korban kan hampir 10 days time cuti..haih..
tp tue smua xpntg...yg penting sok nak balik KL...yabedabedabedoo....=)
what my heart wan 2 say..=)
yang ku pinta bukan kedudukan teratas,
yg ku pinta bukan keutamaan,
yang ku pinta bukan duduk melutut didepanku,
yang ku pinta bukan bukan utkmu menjadi romantik,
yang ku pinta bukan dirimu berubah untukku,
yang ku pinta bukan untukmu mengikut kata-kataku,
yang ku pinta bukan untukmu melapor diri padaku,
yang ku pinta bukan sentiasa berpegang tangan,
yang ku pinta bukan kata manismu,
yang ku pinta bukan ucapan cintamu,
tapi yang ku pinta....
sesekali, curi pandanglah aku,
sesekali, belaikan jejarimu dirambutku,
sesekali, sentuhilah wajahku,
sesekali, letakkanlah tanganmu dibahuku,
sesekali, genggamlah tanganku,
sesekali, pekalah terhadap gerak geriku,
sesekali, berborak kosonglah denganku,
sesekali, berkhayallah denganku,
sesekali, bergurau sendalah denganku,
sesekali, gelak tawalah denganku,
sesekali, berilah senyuman tanpa sebarang sebab padaku,
sesekali, fahamilah diriku,
sesekali, ucapkanlah kata rindumu,
sesekali, adakanlah dirimu untukku...
yg ku pinta hanya sesekali.....
Friday, April 24, 2009
keajaiban di Ghaza??
got it from sumone blog ...
enjoy reading...
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu."(Fussilat:52).
Diambil dari :Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
Thursday, April 23, 2009
duhh....
aaaaa....
sakit pale...
xtaw nape tbe2 sakit pale..adoyai..ribut xde,hujan tu de la...tp xkua pon bilik..
pelik2..
camne nak stdy ni..
pale bedenyut2..
ya allah mudahkan urusan ku...
perot y lapar tbe2 teringat makanan yg best.....(motif??ntah..)..haha
smpt lg tue..
ni je la yg de kat sintok ni ha..
lau nak makan piza, pape la yg sedap kene g jauh sket..
so aku redha..(ayat pasrah) hee~
lap2 air liur tue...xyah nak terkeliuh...nasi lemak ayam je kot..hehe
papepun i have 2 stdy gak...aaaa....paper legal coming..chayok2..bye..