Monday, July 11, 2011

Resipi Apple pie dan tart

salam....

been missing for a while sbb busy sket..
so kali ni nak tunaikan promise to my cousin (farra) and permintaan my fren (nabihah) utk resipi tart. :)

first cite pasal apple pie dulu...

for apple pie ni ada 2 types actually.. satu apple pie biasa and satu lagi apple pie mcD... both sedap! serius.. da cube due2.. and u guys shud try too.. boleh wat minum petang2 .. tapi sape yg xsuke manis boleh kurangkan gula,.. i have to kurangkan gula banyak because my family mmg xsuka lgsg manis2...kalau wat manis2 alamatnya mmg xde sape la nak makan nt.. :D

so here we go,

Resipi for apple pie...

untuk dough

1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 tbsp garam
1/2 cawan unsalted butter
3 tbsp vegetable oil
1/3 cawan air sejuk

cara-cara:

1. Ayak tepung dan campurkan dengan garam
2. potong dadu butter...(pastikan butter dalam keadaan sejuk tetapi tidak terlalu keras) potong dadu dan masukkan kedalam tepung tadi... gaul guna hujung jari.
3. masukkan vegetable oil. teruskan menggaul.
4. akhir sekali masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga adunan terbentuk seperti dough.
5. adunan yang siap dibalut dengan plastik dan disejukkan selama 2 jam sebelum digunakan.

lepas tepung diayak and dicampurkan garam kemudian masukkan butter yg dipotong dadu... selepas di gaul menggunakan hujung jari tepung akan kelihatan seperti ini seakan2 serbuk roti.

selepas masukkan vegetable oil teruskan gaul gunakan tangan sehingga kelihatan seperti diatas kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan kelihatan seperti dough dibawah.

balut adunan menggunakan plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum di canai dan di letakkan di atas loyang pie. :)

untuk inti apple pie :

3 biji apple hijau ( dipotong dadu atau sebiji dipotong 12, terpulang)
1 tsp cinnamon powder
1/3 cawan gula ( xsuka manis kurangkan kepada 1/4 cawan)
1 tbsp air + 1 tbsp tepung jagung (dibancuh)

cara-cara:

1.campurkan apple, gula dan cinnamon powder dalam periuk. panaskan atas api perlahan.. kacau.
2.kemudiam masukkan bancuhan air tepung jagung, kacau seketika dan tutupkan api.

cara-cara berikutnya :-

1.panaskan oven
2.setelah dough pie di canai dan diletakkan dalam loyang pie, tuangkan inti yg telah siap.
3.untuk menutup atas pie tesebut boleh guna 2 teknik, tutup keseluruhan (kalau guna teknik ni pastikan bahagian tengah dipotong sdilit gunakan pisau) atau guna teknik di bawah...
4.sapukan kuning telur di atas permukaan atas apple pie tersebut sebelum di masukkan dalam oven.
5.suhu lebih kurang 170-180 C. bakar selama 35-40 minit... kalau da nampak kekuning2an tu boleh keluarkan dan biarkan sejuk seketika sebelum makan :)




untuk resipi ala2 mcD boleh tgk kat sini... :)



ok, resipi seterusnya fruit tart..

bahan2:-
pastry:

113 gm mentega
75 gm gula halus
1 biji telur gred A + 1 kuning telur
250 gm tepung halus ( tepung gandum pun boleh)

krim pastry:

300 mlm susu segar
3 biji kuning telur
50 gm gula halus
*20 gm tepung gandum
*20 gm tepung jagung (*bahan diayak)
1 camca teh esen vanila
2 camca besar mentega


cara-cara:-

pastry :

1. dalam satu bekas satukan mentega dan gula
2. kacau guna wisk hingga gula hancur
3. masukkan telur dan terus kacau hingga berkrim
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun guna spatula hingga adunan jadi dough yg lembut
5, bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 2 jam sebelum digunakan

inti pastry:

1. panaskan susu jadi suam. matikan api
2. dalam satu bekas satukan kuning telur, gula dan tepung yang telah diayak
3. kacau guna wisk hingga berkrim
4.tuang susu suam sedikir demi sedikit sambil terus mengacau
5, tenggekkan bekas berisi adunan atas air mendidih dan terus kacau hingga adunan jadi pekat dan licin
6.matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega.
7. kacau hingga sebati

cara-cara berikutnya:-

1. canai dough
2.panaskan oven padan suun 175 C
3.letakkan dough yg ditekap kecil2 ke dalam bekas mini tart. kemudian sapukan krim pastry dan hiaskan buah2an




untuk resipi seangkatan seperti egg tart bolehla klik di sini utk resipi :D



selamat mencuba :)




masakan2 lain yg berjaya dibuat..hehe :))


ayam masak merah

coklat cake

vanilla and coklat muffin


Alhamdulillah, banyak ilmu yg dapat ditimba cuti kali ni ;)